Thursday, August 20, 2009

TALKSHOW NISA BATU


Jemput hadir ke program Talkshow yang julung-julang kalinya dianjurkan oleh Nisa Batu untuk anda. Bersesuaian dengan kehadiran ramadhan, tajuk ini sengaja kami bawa sebagai menambah lagi pengamatan kita beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pasti ianya tidak mensia-siakan masa anda untuk hadir ke program ini di samping cenderahti yang kami sediakan untuk semua tetamu dan yang paling utama pembawaan yang menarik dari penceramah kami iaitu Ustazah Nor Hafizah Musa yang tidak asing kepada masyarakat Kota Metropolitan ini.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk bersama-sama kami..

Selamat Menyambut kehadiran Ramadhan

Thursday, August 6, 2009

NISA' BATU BERPOCO-POCO

Kita merancang, Allah juga ada perancangannya. Alhamdulillah program senaman Poco-Poco Nisa batu telah selamat dilaksanakan dengan jayannya. Sebelum Bersenam kami mulakan dengan Solat Isyak berjemaah. Kemudian Ustazah jemputan kami Ustazah fadhilah telah meyampaikan tazkirah pendek yang berkaitan bagaimana kita umat Islam hendak menjaga hati agar tidak terlalu lalai. Menurut Ustazah : -

1. Perlu banyak berzikir kepada Allah SWT
2. Selalu membaca ayat suci Al-Quran
3. Tidak boleh duduk berseorangan. Wajib berjemaah

Kemudian Ustazah menerangkan apakah ubat hati yang dipetik dari kitab karangan Imam Sayid Al-Hawa, katanya :-

1. Kita perlu duduk atau mendampingi dengan orang-orang alim
2. Bersama dengan sahabat-sahabat yang boleh dipercayai. ( susah senang bersama, melakukan kesalahan boleh ditegur)
3. Bertanya pandangan tentang kita melalui musuh dan
4. Bergaul dengan masyarakat.

Ustazah juga berpesan dalam kita berpoco-poco ini, sambil buat pergerakan jangan lupa berzikir menyebut nama Allah. Insyaallah ibadah kita diberkati dan diredhai Allah SWT...Amin

























Wednesday, August 5, 2009

DOA ELAK DARI PENYAKIT H1N1

karangan Ustaz Haji Ahmad Rosli bin Haji Ahmad Mokhtar.

Ayat Penawar

  1. Surah At-Taubah ayat 51
  2. Surah Yunus ayat 107
  3. Surah Hud ayat 6 & 56
  4. Surah Fatir ayat 2
  5. Surah Az-Zumar, ayat 38
  6. Surah Al-Ankabut, ayat 60

Ayat Penyembuh

  1. Surah At-Taubah, ayat 14
  2. Surah Yunus, ayat 57
  3. Surah An-Nahl ayat 69
  4. Surah Isra’, ayat 82
  5. Surah Syuara’ ayat 80
  6. Surah Fussilat, ayat 44