Tuesday, August 17, 2010

SERUAN MALAIKAT DI BULAN RAMADHAN




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ… يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ

وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ.

(الترمذي والنسائي)

Maksudnya: Dari Abu Hurairah, RA. dari Nabi SAW, sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) ALLAH banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)." (Tirmizi dan al-Nasa'i)

ULASAN HADIS :

Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati ALLAH, tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan pada bulan ini akan digandakan pahalanya.

) Dalam hadis ini Rasulullah SAW, menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, Malaikat menyeru manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa, dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka melakukannya.

ALLAH berkuasa melipat gandakan ganjaran kepada hamba-hambaNya yang melakukan ibadat kepadaNya.

Malaikat juga menerangkan tentang sifat pengampun ALLAH Taala yang membebaskan orang-orang yang berbuat berdosa. Semoga peluang yang baik dalam bulan yang mulia ini digunakan dengan sepenuhnya.

Bulan Ramadhan melatih seseorang itu supaya sentiasa berpuasa dalam segala tindak tanduknya. WALLAHUA’LAM.

 

Sunday, August 15, 2010

TEEN CIRCLE


Kepada semua remaja yang berada disekitar kawasan Batu,...Taman Melewar, Padang Balang, Sentul, Kg Batu, Taman Koperasi Polis, Taman Sri Sinar dan yang berdekatan dengannya..

Kami telah mengadakan group teen circle untuk anda. marilah bersama-sama kami. Setiap malam jumaat minggu pertama setiap bulan. Pasti sesuatu yang menarik untuk anda akan kami sediakan. Pasti anda tidak akan rasa rugi bersama kami.

Kepada ibu-ibu dan bapa-bapa tolonglah hantar anak-anak anda bersama kami ye...
Insyaallah kami akan menjaga anak-anak anda seperti anak-anak dan adik-adik kami jua.

Jangan malu jangan segan ye adik-adik. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan kami.

Tidak kira umur berapa..dari sekolah rendah hingga yang sudah bekerja..tapi yang pasti untuk perempuan aje

Kami menunggu anda....datang ye

Monday, August 9, 2010

CAKNA RAKYAT : ZIARAH




Pada 18.Julai 2010 bersamaan 6 Syaaban 1431 UKK Nisa batu bersama Muslimat Batu berkesempatan melawat beberapa ahli keluarga yang baru sahaja kehilangan ketua keluarga mereka dan juga melawat keluarga yang menghadapi musibah kemalangan dan pembedahan baru-baru ini. Program ziarah ini bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga 1.00 t.hari yang majoriti tinggal di sekitar Sentul.

Antara aktiviti yang sempat kami laksanakan bersama ahli keluarga mereka adalah :

1) Majlis bacaan yasin, bertempat di rumah arwah En. Hamzah Bin Thambi (Pengerusi Surau
At-Taqwa(Surau Jumaat) Taman Sentul Utama) , disambut oleh Puan Mastura dan
anak-anak

2) Majlis tahlil ringkas, di rumah arwah En. Gahazali Bin Akasyah, juga disambut oleh
balunya dan anak-anak.

3) Ziarah suami kepada Puan Zaliha Ahmad (Ketua Muslimat Pas Cwgn. Blok 207), yang
baru saja menjalani pembedahan mata. Tapi terkena jangkitan kuman menyebabkan
kakinya bengkak, hingga tidak dapat berjalan.

4) Ziarah anak Puan Zaminah bt Marzuki (Ketua Muslimat Pas Cwgn Fasa 8/9) yang patah
paha akibat kemalangan jalan raya.

Diharap ALLAH memudahkan urusan mereka selepas ini dan diberi kekuatan dan keimanan untuk meneruskan kehidupan