Tuesday, July 17, 2012

SEUSAI TALKSHOW

"Ramadhan Datang Lagi, Sudah Sediakah Kita?". Begitulah tajuk talkshow anjuran NGO Nisa' Kawasan Batu dengan kerjasama ahli jawatankuasa surau PPR Jelatek, Kuala Lumpur pada 15 Julai lalu. Bertempat di surau PPR Jelatek, talkshow tersebut menampilkan selebriti yang baru melakukan penghijrahan, Abby Abadi dan personaliti Tanyalah Ustaz TV 9, Ustaz Raihan Abd Aziz dan dipengerusikan oleh panelis rancangan realiti TV Solehah TV Al Hijrah, Wan Suhaili Wan Mohd Yusof. Talkshow yang berlangsung hampir dua jam itu dihadiri kira-kira 200 orang, majoritinya penduduk PPR itu sendiri. Sebagai persediaan menghadapi Ramadhan yang semakin hampir, talkshow hangat dengan kupasan mengenai amalan-amalan sepanjang Ramadhan dan kelebihan berpuasa oleh Ustaz Raihan. Ustaz Raihan antaranya mengingatkan hadirin agar melakukan persediaan rapi bagi menghadapi Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. "Mengapa kita tengok bulan Ramadhan masjid penuh, ramai orang beribadat, orang yang tak pernah berselawat pun tiba-tiba berselawat, rezeki peniaga melimpah ruah? Sebab Bulan Ramadhan bulan yang berkat," katanya.
Sementara itu, Abby pula lebih banyak berkongsi mengenai detik-detik penghijrahannya dan cabaran-cabaran yang dihadapi selepas berhijrah. Beliau berkata, cabaran yang paling besar apabila orang di sekeliling memperlekehkannya apabila beliau cuba berkongsi kebaikan. "Saya tidak ada masalah dengan keluarga malah mak ayah saya sangat gembira tengok saya mula menutup aurat. "Tapi ramai orang di luar sana yang kata, saya ni baru belajar agama, dah mula nak ajar orang. Sedangkan saya bukan mengajar, tapi sekadar berkongsi perkara kebaikan yang saya tahu," luahnya. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup oleh Ustaz Raihan dan sesi bergambar ahli jawatankuasa Nisa' Batu bersama Abby.

TALKSHOW DATANG LAGI

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI IBU, SELAMAT HARI BAPA, SELAMAT HARI GURU

Nisa' Wilayah akan membawakan kepada anda suatu TALKSHOW yang cukup menarikkk :) TALKSHOW: SYURGA DI WAJAH MU OLEH : USTAZ SYED ABDUL KADER AL JOOFRE BILA: 27 MEI 2012 (HARI AHAD) DI: MASJID AL AKRAM, KERAMAT (dekat dengan LRT Keramat) MASA: 9 PAGI Khususan kepada semua muslimat wa muslimin. Sebab semua kita ialah anggota sebuah keluarga. Pasti mesti lah kita nak keluarga kita tu jadi baik. Ustaz insyaAllah bakal mengupas bagaimana nak merasai dekatnya kita dengan syurga bila berada di kalangan ahli keluarga kita. Orang kata, nak bagi kita feel ahli keluarga kita itu juga ialah ahli syurga. Ha...macam mana nak buat tu bagi ada feeling tu? Nantikan tips, perkongsian dan pendetailan dari Ustaz Syed Abdul Kader di TALKSHOW SYURGA DI WAJAH MU nanti ya. Mari semua kita bersama menadah ilmu bekalan ke sana Keluarga bahagia impian semua dari dunia membawa ke syurga

Tuesday, November 22, 2011

Friday, June 10, 2011

KETIKA CINTA BERTASBIH



Jom Tengok Wayang
bersama
Nisa Batu

Raikan Bulan Cinta

Datang beramai-ramai

Sila hubungi kami untuk menempah tiket;

Azlina 0196742944
Habiba 0132222580

Sunday, April 10, 2011

TALKSHOW NISA WILAYAH KEMBALI LAGI!!

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI...JEMPUT HADIR BERAMAI2 KE TALKSHOW NISA WP PADA 23 APRIL 2011 DARI PUKUL 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG..TEMPAT DI DEWAN MASJID AS SYAKIRIN, KLCC .MASUK ADALAH PERCUMA. MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR..


Wednesday, March 23, 2011

Tuesday, December 28, 2010

AZAM TAHUN BARU ???? CARI ARAH TUJU DISINI

Jemput datang beramai-ramai ke program Nisa WP kerjasama dengan Masjid As-Syakirin KLCC pada 1.1.11