Sunday, September 14, 2008

Tazkirah Ramadhan 1 :

Taqwa: Objektif Madrasah Ramadhan

Merujuk kepada Ayat 183 surah al Baqarah :

يا يها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang - orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.

( Surah al Baqarah : Ayat 183 )

Ayat di atas jelas menegaskan bahawa perkara asas yang ingin dicapai melalui ibadah puasa yang difadhukan ini ialah Taqwa. Tanpa taqwa ertinya ibadah puasa yang dilakukan oleh kita tidak mencapai objektif yang dikehendaki oleh Allah swt.

Maksud yang seerti dengannya ialah puasa kita gagal apabila kita gagal mendapatkan taqwa melalui aktiviti puasa di sepanjang bulan Ramadhan ini . Sebab semua orang memahami bahawa kejayaan dalam sesuatu kerja atau urusan ialah melihat kepada hasil atau objektif perlaksanaannya sejauh mana ia dicapai . Inilah yang iasa disebut sebagai management by objective .

Prof. Doktor Wahbah az Zuhaili . ( di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua /muka surat 130 . Cetakan Darul Fikri Damsyik ) ketika menafsirkan ayat ini menyebut nahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah swt melalui beberapa faktor :

1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah swt. dalam keadaan sembunyi atau terbuka . Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah swt. ( Seseorang boleh makan lalu berpura – pura lapar dihadapan manusia tetapi tidak dihadapan Allah swt. Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Maha Mengetahui .)

2. Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. ( lantaran puasa melemahkan gelora nafsu .)

3. Mencetus naluri yang peka ( sensitive ) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain . ( Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik )

4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang – orang kaya dan miskin .( di sisi Allah swt.)

5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas system ( yang benar dan menepati fitrah ) dan mendisiplinkannya.

6. Memulihkan struktur dalaman tubuh , menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad .

Sunday, August 24, 2008

NISA GARDEN TALK "HADIAH BUAT KEKASIH"

MAI RAMAI-RAMAI PAKAT JOIN INDOOR GAMES NISA WP



Terbuka kepada semua. Lelaki dan Perempuan. Tiada yuran dikenakan. Pemenang akan menerima hadiah dari pihak penganjur.. Cepat-cepat daftar...

KENANGAN BOWLING


Sokongan padu dari Ketua Nisa Wilayah Persekutuan dan suaminya

Juara Bowling - Mariam Ismail

Friday, August 22, 2008

SELAMAT DATANG ..WAHAI KEKASIH...RAMADHAN



Definisi Puasa
Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari dengan disertai niat.

Hukum Puasa Ramadhan
Puasa Ramadhan hukumnya wajib berdasarkan Kitab, Sunnah dan Ijma'

Keutamaan Bulan Ramadhan
Diterima dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya telah datang padamu bulan yang penuh barakah, yang mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada saat pintu-pintu syurga dibuka, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan, dan dijumpai suatu malam yang nilainya lebih berharga dari seribu malam.
Maka barangsiapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sesungguhnya tiadalah ia akan mendapatkannya buat selama-lamanya."
-riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaki.

Dalil-dalil
"Siapa yang tidak menyatakan niat puasanya dari malam hari sehingga sebelum fajar menyingsing maka puasaya tidak sah."

"...diwajibkan atas berpuasa...." Al-Baqarah, aya 183
"...Maka barangsiapa berada dalam bulan Ramadhan, maka hendaklah ia berpuasa..." Al-Baqarah, ayat 185


Makan Sahur
Makan sahur adalah Sunnah. Antara hadis-hadis yang menunjukkan sunnat bersahur ialah:
"Siapa yang mahu berpuasa hendaklah bersahur meskipun sedikit." -Jami' Asy-Syaghir
"Bersahurlah kerana dalam sahur itu terdapat keberkatan." -At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah.

Perintah bersahur adalah sunnah dan lebih utama menurut ijma' para ulama'.

Wednesday, August 6, 2008

BOWLING COMPETITION



Jom Main Bowling...

Nisa batu akan mengadakan pertandingan Bowling pada:-

Tarikh : 23 Ogos 2008
Masa : 10 pagi — 1.00 tgh
Tempat : Ampang Point, Ampang
Yuran : RM 20.00 seorang
Kumpulan : 4 orang satu kumpulan


Dijemput pada semua adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik yang nak join pun tak pe. Kalau tak ada group sendiri pun tak pe, nanti kami akan carikan partner untuk anda semua. Sebarang pertanyaan dan pendaftaran bolehlah menghubungi

Mariam 019350876
Syuhada 0193564515

Cepat!!!Cepat!!! Tempat adalah terhad

Saturday, June 21, 2008

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH




Program ini telah dijalankan tahun lepas. peserta dalam 50 orang. Alhamdulillah Tenaga pengajar telah menunjukkan secara praktikal cara-cara bagaimana nak menguruskan mayat wanita dari awal sehingga akhir. Masa kini amat sedikit bilangan dari kaum wanita yang tahu apatah lagi mahir mengendalikan mayat wanita. Ianya menjadi fardhu kifayyah pada kita untuk mempelajari ilmu tersebut..

Diharap pada masa akan datang program yang sedemikian rupa akan dapat Nisa batu laksanakan lagi khusus untuk para remaja wanita

Thursday, June 12, 2008

Cuba Sekali Lagi

Senamrobik

Tarikh : 15hb Jun 2008
Masa : 7.00 am
Tempat : Padang Pemainan, Kg Batu Muda Tambahan, KL

Sunday, June 8, 2008

Hujan Yang Turun...bagaikan mutiara

Memandangkan pagi semalam 8/6/08 hujan turun dengan lebatnya...maka semua orang tak dapat turun padang untuk aktiviti senamrobik kita. Apakan daya ketentuan Allah itu lebih baik dari perancangan manusia. Mungkin lepas ni Nisa' batu kena fikirkan alternative lain untuk aktiviti mcm ni kena buat kat dewan atau tempat yang lebih tertutup dan dapat berlindung...

Friday, June 6, 2008

Jom Senam

Adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu di seluruh KL...Mari Join Nisa' Batu bersenamrobik di hujung minggu. Demi Kesihatan Sejagat, Demi Kecergasan Jasmani, Demi Ketenangan Rohani...

Almaklumlah tinggal di Kota Metropolitan ni pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Ni timbul pulak isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang melambung tinggi..Jadi marilah kita luangkan sedikit masa kita serta memanjakan diri kita agar sentiasa cergas segar dan cantik.

Datang ye..jangan tak datang..

Tarikh : 08 Jun 2008 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Padang Permainan, Kg batu Muda Tambahan KL

Pakaian menutup aurat

Terbuka kepada semua wanita