Monday, January 19, 2009

Tuesday, December 2, 2008

Tuesday, November 4, 2008

BERGAMBAR DGN JUARA AKADEMI NASYID

Saje je nak masukkan gambar ni dlm blog Nisa Batu. Kenangan Saudara Azhan Atan dtg melawat pejabat PASTI Pusat. Bersama dgn Azhan adalah Husna, anak Pn. Syutina

Thursday, October 23, 2008

EPILOG SI ANAK DARA



Jemputan ke Program Nisa Batu pada

8 November 2008 (Sabtu)

8.00 pagi - 1.00 tgh
di Auditorium,
Bangunan LPPKN Jalan Raja Laut KL
Khas untuk Wanita

Program ini berbentuk Forum yang mengupas tentang
permasalahan remaja wanita daripada sudut perubahan fizikal dan emosi, cinta, sahabat, teman sekerja dan sebagainya. Serta memberi kefahaman tentang asas fiqh wanita seperti mandi wajib, junub, solat, haid, nifas dan lain-lain lagi. Bersama dengan panel-panel yang kami jemput khas untuk anda mendapat ilmu, berkongsi pendapat serta bebas untuk bertanya.. iaitu

Ustaz Zamri Zainuldin -Personaliti TV9 dan
Ustazah Nor Hafizah Musa - Bicara Ad-Deen Radio IKIM


Jemputlah datang beramai-ramai. Tidak kira usia, tua atau muda....miskin atau kaya, bekerja atau tidak bekerja, sudah berkahwin atau masih single...semua dijemput hadir. Dengan bayaran hanya RM 15.00 sahaja, anda juga dibekalkan dengan cenderahati yang kami sediakan serta makan pagi dan tengahari. Sebarang pertanyaan sila hubungi ;-

019-3508768
019-2050319
013-7351042

Sunday, September 14, 2008

Bengkel Celik Duit


Tazkirah Ramadhan 1 :

Taqwa: Objektif Madrasah Ramadhan

Merujuk kepada Ayat 183 surah al Baqarah :

يا يها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Wahai orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang - orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa kepada Allah swt.

( Surah al Baqarah : Ayat 183 )

Ayat di atas jelas menegaskan bahawa perkara asas yang ingin dicapai melalui ibadah puasa yang difadhukan ini ialah Taqwa. Tanpa taqwa ertinya ibadah puasa yang dilakukan oleh kita tidak mencapai objektif yang dikehendaki oleh Allah swt.

Maksud yang seerti dengannya ialah puasa kita gagal apabila kita gagal mendapatkan taqwa melalui aktiviti puasa di sepanjang bulan Ramadhan ini . Sebab semua orang memahami bahawa kejayaan dalam sesuatu kerja atau urusan ialah melihat kepada hasil atau objektif perlaksanaannya sejauh mana ia dicapai . Inilah yang iasa disebut sebagai management by objective .

Prof. Doktor Wahbah az Zuhaili . ( di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua /muka surat 130 . Cetakan Darul Fikri Damsyik ) ketika menafsirkan ayat ini menyebut nahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah swt melalui beberapa faktor :

1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah swt. dalam keadaan sembunyi atau terbuka . Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah swt. ( Seseorang boleh makan lalu berpura – pura lapar dihadapan manusia tetapi tidak dihadapan Allah swt. Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Maha Mengetahui .)

2. Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. ( lantaran puasa melemahkan gelora nafsu .)

3. Mencetus naluri yang peka ( sensitive ) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain . ( Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik )

4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang – orang kaya dan miskin .( di sisi Allah swt.)

5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas system ( yang benar dan menepati fitrah ) dan mendisiplinkannya.

6. Memulihkan struktur dalaman tubuh , menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad .

Sunday, August 24, 2008

NISA GARDEN TALK "HADIAH BUAT KEKASIH"

MAI RAMAI-RAMAI PAKAT JOIN INDOOR GAMES NISA WP



Terbuka kepada semua. Lelaki dan Perempuan. Tiada yuran dikenakan. Pemenang akan menerima hadiah dari pihak penganjur.. Cepat-cepat daftar...

KENANGAN BOWLING


Sokongan padu dari Ketua Nisa Wilayah Persekutuan dan suaminya

Juara Bowling - Mariam Ismail