Tuesday, August 17, 2010

SERUAN MALAIKAT DI BULAN RAMADHAN




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ… يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ

وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ.

(الترمذي والنسائي)

Maksudnya: Dari Abu Hurairah, RA. dari Nabi SAW, sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) ALLAH banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)." (Tirmizi dan al-Nasa'i)

ULASAN HADIS :

Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati ALLAH, tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan pada bulan ini akan digandakan pahalanya.

) Dalam hadis ini Rasulullah SAW, menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, Malaikat menyeru manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa, dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka melakukannya.

ALLAH berkuasa melipat gandakan ganjaran kepada hamba-hambaNya yang melakukan ibadat kepadaNya.

Malaikat juga menerangkan tentang sifat pengampun ALLAH Taala yang membebaskan orang-orang yang berbuat berdosa. Semoga peluang yang baik dalam bulan yang mulia ini digunakan dengan sepenuhnya.

Bulan Ramadhan melatih seseorang itu supaya sentiasa berpuasa dalam segala tindak tanduknya. WALLAHUA’LAM.

 

Sunday, August 15, 2010

TEEN CIRCLE


Kepada semua remaja yang berada disekitar kawasan Batu,...Taman Melewar, Padang Balang, Sentul, Kg Batu, Taman Koperasi Polis, Taman Sri Sinar dan yang berdekatan dengannya..

Kami telah mengadakan group teen circle untuk anda. marilah bersama-sama kami. Setiap malam jumaat minggu pertama setiap bulan. Pasti sesuatu yang menarik untuk anda akan kami sediakan. Pasti anda tidak akan rasa rugi bersama kami.

Kepada ibu-ibu dan bapa-bapa tolonglah hantar anak-anak anda bersama kami ye...
Insyaallah kami akan menjaga anak-anak anda seperti anak-anak dan adik-adik kami jua.

Jangan malu jangan segan ye adik-adik. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan kami.

Tidak kira umur berapa..dari sekolah rendah hingga yang sudah bekerja..tapi yang pasti untuk perempuan aje

Kami menunggu anda....datang ye

Monday, August 9, 2010

CAKNA RAKYAT : ZIARAH




Pada 18.Julai 2010 bersamaan 6 Syaaban 1431 UKK Nisa batu bersama Muslimat Batu berkesempatan melawat beberapa ahli keluarga yang baru sahaja kehilangan ketua keluarga mereka dan juga melawat keluarga yang menghadapi musibah kemalangan dan pembedahan baru-baru ini. Program ziarah ini bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga 1.00 t.hari yang majoriti tinggal di sekitar Sentul.

Antara aktiviti yang sempat kami laksanakan bersama ahli keluarga mereka adalah :

1) Majlis bacaan yasin, bertempat di rumah arwah En. Hamzah Bin Thambi (Pengerusi Surau
At-Taqwa(Surau Jumaat) Taman Sentul Utama) , disambut oleh Puan Mastura dan
anak-anak

2) Majlis tahlil ringkas, di rumah arwah En. Gahazali Bin Akasyah, juga disambut oleh
balunya dan anak-anak.

3) Ziarah suami kepada Puan Zaliha Ahmad (Ketua Muslimat Pas Cwgn. Blok 207), yang
baru saja menjalani pembedahan mata. Tapi terkena jangkitan kuman menyebabkan
kakinya bengkak, hingga tidak dapat berjalan.

4) Ziarah anak Puan Zaminah bt Marzuki (Ketua Muslimat Pas Cwgn Fasa 8/9) yang patah
paha akibat kemalangan jalan raya.

Diharap ALLAH memudahkan urusan mereka selepas ini dan diberi kekuatan dan keimanan untuk meneruskan kehidupan








Wednesday, March 31, 2010

PENCARIAN BINTANG NISA WILAYAH PERSEKUTUAN




Bagi sesiapa yang berminat dan berbakat bolehla mencuba nasib dengan menghubungi kami segera.. pemenang diperingkat wilayah ini akan dihantar untuk mewakili Kl ke peringkat Nisa Malaysia. jadi jangan lepaskan peluang anda!!! Selamat Mencuba!!!


Wednesday, March 24, 2010

GEJALA BUANG BAYI: PERLU KEPADA KAEDAH PENCEGAHAN

Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum Baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang Melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadI manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.
Peristiwa ini amat memalukan Islam kerana orang Melayu mewakili penduduk yang beragama Islam. Secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam di pandangan orang bukan Islam di negara ini.


Parti Islam Semalaysia (PAS) melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menangani masalah ini. Ia bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala ini tidak berlaku. Ia lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet. Program yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah akhlak lebih berorientasikan perniagaan sesama kroni. Sebab itu projek Rakan Muda dan PLKN semuanya menjurus untuk mengkayakan kroni sahaja. Akhirnya matlamat tidak tercapai, sebaliknya wang negara lesap begitu sahaja walau terpaksa membelanjakan wang berbilion ringgit.

Sepatutnya dalam menanggani masalah pembuagan bayi ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu “Saddu Zara’ik” menutup pintu kerosakan. Kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang menghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina.
Selain daripada mendidik dan mengawal maka kaedah yang paling berkesan ialah mesti kembali kepada hukum yang Allah kenakan kerana hukum Allah mempunyai roh iaitu “nakala minallah” yang Allah akan melontarkan kegerunan untuk pelaku maksiat menjauhkan perbuatan zina. Sudah banyak cadangan yang kerajaan cadangkan, kita tidak dengar satu pun cadangan untuk kembali kepada apa yang diajar oleh ajaran Islam.

Ust. Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Friday, February 12, 2010



TALKSHOW DATANG LAGI...

MAI DATANG BERAMAI-RAMAI KE MASJID AS-SYAKIRIN KLCC

ANJURAN NISA WILAYAH

Friday, January 8, 2010

NSK- CERIA KEMBALI KE SEKOLAH



NSK CERIA KEMBALI KE SEKOLAH
Assalamualaikum...
Puji-puji hanya untuk Allah, yang telah mengizinkan program Nisa' Small Kindness "CERIA KEMBALI KE SEKOLAH" dapat adakan oleh Nisa' Kawasan Batu.
Pada 3.1.2010 lebih kurang pukul 3 petang NSK Nisa' Batu bermula, tidak ramai yang hadir, memandangkan hari pun hujan.
Penerima pertama ialah Encik Mohd. Shah B. Makhful mempunyai 5 orang anak berumur 3 bulan hingga 12 tahun. Bekerja sebagai pembantu pejabat, beliau termasuk orang yang layak menerima zakat, kerana berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tangunggan.
Penerima yang kedua, Encik Md Awal B. Md Minin, (Nic : 680610-05-5247) Mangsa langgar lari, cedera teruk pada tulang belakang. Sekarang lumpuh, tidak mampu mengurus diri sendiri, mempunyai 4 orang anak yang berumur 2 hingga 12 tahun.
Kedua-dua penerima ini menerima sumbangan RM200 seorang.

Semoga sedikit sumbangan yang kita berikan dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan ini.
Kita kembalikan semua kesukaran yang kita hadapi kepada Allah jua, sebagai ujian kesungguhan kita semua dalam menjalani amanahNya.

Senarai penerima:

1. Encik Md Awal B. Md Minin

(Nic : 680610-05-5247)

209-05-17 Tmn. Sentul Utama,

Jln. Dato' Senu 26,

51000 Sentul,

Kuala Lumpur.

( Nama anak: Muhammad Azrul Aiman )

Darjah 6


2. Encik Mohd. Shah B. Makhful

( 730831-04-5475)

209-08-12 Tmn. Sentul Utama,

Jln. Dato' Senu 26,

51000 Sentul,

Kuala Lumpur.

(Nama anak: Muhammad Saiful Nizam )

Darjah 6


Wednesday, December 30, 2009



Slot menarik menanti anda!!

- Penyerahan kad ahli Nisa’
- Talkshow: “Bidadari Cemburu Padamu..”
- Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak“Seindah Bidadari Syurga….”
- Cabutan Bertuah

• Masuk Percuma!
• Sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan
• Anda dijemput hadir beramai-ramai dan sebarkan kpd kawan-kawan yang ingin sertai Nisa’
• Hubungi 013-200 9426 (Azi) atau 017-353 3468 (Yani)

Wednesday, December 9, 2009

CAMP TEENZ CHALLENGE



Assalammualaikum wbt..

Berita baik buat semua ahli Nisa Kawasan Batu.... Kami akan mengadakan program Camping pada penghujung tahun ini. Jadi kami ingin mengajak dan menyeru semua ahli-ahli Nisa Batu dan semua adik-adik yang berada di sekitar kawasan Batu ini bahkan seluruh KL jua untuk sama-sama menyertai program ini.

Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik disediakan. Pastikan anda tidak terlepas !!!
Join jangan tak join..rugi tau. Ianyanya terbuka untuk remaja wanita sahaja dari umur 13 tahun hingga 21 tahun. jangan lupa minta izin dari ibu bapa masing-masing ye...Jumpa disana..

Maklumat program seperti di dalam iklan diatas..

Boleh Hubungi Siti 013-3088410 atau Yani 019-2076759 atau syuhada 019-3564515