Friday, June 10, 2011

KETIKA CINTA BERTASBIH



Jom Tengok Wayang
bersama
Nisa Batu

Raikan Bulan Cinta

Datang beramai-ramai

Sila hubungi kami untuk menempah tiket;

Azlina 0196742944
Habiba 0132222580

Sunday, April 10, 2011

TALKSHOW NISA WILAYAH KEMBALI LAGI!!

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI...JEMPUT HADIR BERAMAI2 KE TALKSHOW NISA WP PADA 23 APRIL 2011 DARI PUKUL 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG..TEMPAT DI DEWAN MASJID AS SYAKIRIN, KLCC .MASUK ADALAH PERCUMA. MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR..


Wednesday, March 23, 2011

Tuesday, December 28, 2010

AZAM TAHUN BARU ???? CARI ARAH TUJU DISINI

Jemput datang beramai-ramai ke program Nisa WP kerjasama dengan Masjid As-Syakirin KLCC pada 1.1.11




Sunday, October 10, 2010

JAMUAN RAYA

MENJEMPUT SEMUA AHLI NISA KAWASAN BATU KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA NISA KAWASAN BATU PADA :

TARIKH : 12 OKTOBER 2010 (SELASA)
MASA : 9 MALAM
TEMPAT : PEJABAT BATU, TAMAN MELEWAR

PELBAGAI JUADAH YANG MENARIK DAN SEDAP2 DISEDIAKAN..
JEMPUT HADIR SEMUA
DATANG JANGAN TAK DATANG...

Monday, September 6, 2010

LAPURAN PROGRAM NISA' SMALL KINDNESS KAWASAN BATU 2010M

TARIKH: 5.Sept. 2010 bersamaan 26 Ramadhan 1431

MASA : 10.00 pagi - 12.00 t.hari

TEMPAT : SEKITAR SENTUL

PENYERTAAN: NISA KAWASAN BATU

MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU

SUMBANGAN : Hamper dan RM100/ KELUARGA



Penerima petama ialah Puan Muhaimi bt. Baba,

mempunyai 4 orang cahayamata.

Beliau seoang balu.

Matanya buta selepas melahirkan anak yang ke 3.

Menyewa rumah di Padang balang, RM250 sebulan.

Anaknya yang bongsu terlantar sakit.



Penerima yang kedua ialah Encik Ariffin bin Daud.

Berumur 64 tahun.

Sekarang terlantar di rumahnya di Taman Dato’ Senu.

Penyakit asma, sawan, jantung dan gastrik.

Mempunyai isteri yang juga pesakit kencing manis.

Semasa sihatnya beliau menanggung 2 orang cucunya yang kematian bapa,

Dan 2 orang cucu lagi yang mempunyai masalah jantung.



Sekian, semoga Allah membalas dengan kebaikkan yang banyak.

Kepada semua pemberi sumbangan untuk NSK Batu pada

Ramadhan dan Syawal 1431h.



UKK Nisa’ Kawasan Batu

YOU SHARE WE CARE






Tuesday, August 17, 2010

SERUAN MALAIKAT DI BULAN RAMADHAN




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ… يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ

وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ.

(الترمذي والنسائي)

Maksudnya: Dari Abu Hurairah, RA. dari Nabi SAW, sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) ALLAH banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)." (Tirmizi dan al-Nasa'i)

ULASAN HADIS :

Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati ALLAH, tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan pada bulan ini akan digandakan pahalanya.

) Dalam hadis ini Rasulullah SAW, menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, Malaikat menyeru manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa, dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka melakukannya.

ALLAH berkuasa melipat gandakan ganjaran kepada hamba-hambaNya yang melakukan ibadat kepadaNya.

Malaikat juga menerangkan tentang sifat pengampun ALLAH Taala yang membebaskan orang-orang yang berbuat berdosa. Semoga peluang yang baik dalam bulan yang mulia ini digunakan dengan sepenuhnya.

Bulan Ramadhan melatih seseorang itu supaya sentiasa berpuasa dalam segala tindak tanduknya. WALLAHUA’LAM.

 

Sunday, August 15, 2010

TEEN CIRCLE


Kepada semua remaja yang berada disekitar kawasan Batu,...Taman Melewar, Padang Balang, Sentul, Kg Batu, Taman Koperasi Polis, Taman Sri Sinar dan yang berdekatan dengannya..

Kami telah mengadakan group teen circle untuk anda. marilah bersama-sama kami. Setiap malam jumaat minggu pertama setiap bulan. Pasti sesuatu yang menarik untuk anda akan kami sediakan. Pasti anda tidak akan rasa rugi bersama kami.

Kepada ibu-ibu dan bapa-bapa tolonglah hantar anak-anak anda bersama kami ye...
Insyaallah kami akan menjaga anak-anak anda seperti anak-anak dan adik-adik kami jua.

Jangan malu jangan segan ye adik-adik. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan kami.

Tidak kira umur berapa..dari sekolah rendah hingga yang sudah bekerja..tapi yang pasti untuk perempuan aje

Kami menunggu anda....datang ye