Tuesday, April 7, 2009

BERITA PELANCARAN KELAB REMAJA MUSLIM KL


Pada 28 mac 2009 yang lalu, pelancaran Kelab Remaja Islam telah selamat diadakan. Alhamdulillah seramai 96 orang remaja dari seluruh KL hadir dalam program sulong kelab ini. Kelab Remaja Muslim KL yang diilhamkan dan diusahakan oleh pemuda KL dan Nisa KL ini ditubuhkan bagi menarik remaja agar mencintai Islam seterusnya menjauhkan mereka daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.














Produk utama kelab ini adalah dengan mengadakan usrah kepada remaja-remaja yang telah berdaftar dengan kelab ini. Mereka telah dipecahkan mengikut kumpulan dan kawasan serta setiap kumpulan telah diberikan seorang mentor untuk membimbing mereka. Selain daripada itu Kelab ini juga Insyaallah akan mengadakan program-program seperti:-

1. motivasi pelajar,
2. kelas ulangkaji pelajaran,
3. kelas KAFFAH,
4. bengkel teknik menjawap peperiksaan,
5. Rehlah,
6. Lawatan,
7. games dan
8. gathering di setiap tahun.













Bagi remaja-remaja yang berda di seluruh KL yang belum mendaftar dengan Kelab ini, masih ada masa lagi untuk bersama-sama kami dan sahabat-sahabat anda yang berada di kelab ini. Anda pasti akan merasa seronok dengan pelbagai aktiviti yang disediakan Insyaallah.
























Buat masa ini anda boleh menghubungi
saudari AISYAH 013-9181078
atau
saudari
AZIYATI 013-2009426

untuk mendaftar dengan kelab tersebut.

No comments: