Thursday, February 26, 2009

Sumber Makanan Tebaik Ketika Berdiet

A. KACANG BUNCIS DAN KACANG PANJANG
Kaya dengan serat dan mengandungi beberapa keperluan nutrien yang diperlukan tubuh eperti potasium. Potasium boleh membantu mengatasi masalah kelebihan cairan, protein dan kalsium.

B. BIJIRIN OAT
Mempunyai kandungan antioksida dan serat. baik untuk membakar lemak dan memberi tenaga.

C. LIMAU DAN ANGGUR

Membantu membentuk serat kolagen, juga menagndungi methoxylated bioflavonoidsuntuk melancarkan perjalanan darah serta memperkuatkan pembuluh rambut.

D. BROKOLI
Ianya mengandungi alpha lipoicacid yang berguna untuk mencegah kolagen, selenium yang memaksimakan vitamin c, e dan beta karoten serta mengandungi kalsium

E. NANAS
Buah ini membantu untuk memperbaiki serat kolagen yang rosak dan mengandungi vitamn c

F. ASPARAGUS
Asparagus amat bagus untuk menguatkan pembuluh rambut dan sesuai bagi mengawal tekanan darah. ianya mengandungi glutathione, iaitu enzim yang bersifat detoksifikasi dan melawan radikal bebas.

G. PISANG
Vitamin v6 di dalam pisang bermanfaat untuk mengatasi masalah lebihan cairan di dalam badan

H. BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH
Mengandungi sulfur yang membantu mengatasi masalah kesan daripada pendedahan radikal bebas, vitamin E dan C

I. AVOKADO
Kandungan kalori yang tinggi, tetapi ia turut mengandungi asid lemak esensial yang amat baik untuk kulit. ada vitamin E dan beta sisosterol dan serat yang ada di dalamnya membantu mengatasi masalah kolestrol.

Sumber : majalah wanita

No comments: