Thursday, September 10, 2009

NSK Nisa' Batu



Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah yang telah mengizinkan 'Nisa' Small Kindness' Nisa kawasan Batu, dijalankan dengan lancar dan jayanya pada 6hb. Sept. 2009 yang lepas.


Antara ahli yang hadir ialah Mariam, Nurazma, Rafiza, Zurina, Mastura, Zaminah (wakil Muslimat BBS- Wakil Lajnah Kebajikan Wilayah Persekutuan), Siti Zubaidah dan Rohana

Sebelum program pengedaran sumbangan dimulakan Haji Ismail yang juga merupakan Ketua Cawangan Pas Blok 207 Sentul, memulakan dengan bacaan doa selamat.

Kami tidak dapat menyampaikan sumbangan kepada penerima yang pertama kerana beliau ke pasar, jadi kami teruskan kerumah kedua iaitu rumah Encik Ghazali bin L.Akashah, Beliau adalah pesakit kencing manis, sudah pencen, sekarang keluarganya 5 orang di tanggung oleh anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Pendapatan bulan Rm800 sebulan. Beliau menitiskan air mata ketika menerima sumbangan tersebut. Sebelum meninggalkan rumahnya kami akhiri dengan bacaan doa untuk pesakit mudah-mudahan Allah beri keringanan atas kesakitan yang ditanggungnya

Kami juga gagal bertemu penerima yang ketiga kerana beliau telah keluar untuk berurut, penerima tersebut telah patah tulang belakang, tidak mampu menanggung keluarga kerana tidak mampu berkerja malahan tidak mampu untuk duduk.

Kami kemudian begerak ke Taman Dato' Senu, disana Kak Zaliha Ahmad(Ketua Muslimat Cwgn Blok 207) menunggu kami untuk meneruskan sumbangan. Penerima keempat adalah seorang balu dan mempunyai anak OKU, beliau tidak pernah mendapat sumbangan dari mana-mana pihak.

Selepas itu kami bergerak kerumah penerima kelima iaitu Adik Muaz yang juga OKU, berumur 9 tahun. Beliau terpaksa bernafas melalui tiub. Sumbangan wang diberikan kepada ibu Muaz iaitu Puan Rohayah bt. Yunus, manakala beras dan wang diberikan kepada nenek Muaz sebelah ibunya yang juga sudah uzur. Atas persetujuan yang ada pada hari tersebut kami juga terpanggil untuk memberi sumbangan wang kepada Nenek Muaz sebelah bapanya yang juga hidup dalam kesusahan.

Memandangkan Nisa' Batu ada duit dan beras yang lebih kami meneruskan sumbangan kami ke Bandar Baru Sentul, sumbangan wang rm100 dan sekampit beras 5kg.

Akhirnya selesailah program NSK Nisa' Kwsan Batu. Sebelum bersurai, atas cadangan Mariam kami telah bersetuju untuk mengunjungi seorang saudara baru yang tinggal di Kampung Chubadak Kawasan A iaitu makcik Fatimah bt Abdullah yang sudah lama memeluk Islam, mengamalkan hidup cara islam, tetapi beliau tiada saudara mara. Kini beliau tinggal bersama orang Myanmar dan mendapat sumbangan bulanan dari Baitulmal sebanyak RM250 sebulan.

Disinilah 'Nisa Small Kindness' Nisa' kawasan Batu betul-betul terserlah, kerana kami hanya mampu memberi sedikit bantuan wang ringgit bersama sekampit beras. Atas dasar persaudaraan sesama Islam kami wakil Nisa Kawasan Batu bergerak dengan penuh keikhlasan. Tetapi ada insan lain yang lebih mulia dan ikhlas hatinya dengan menyumbang wang dan beras untuk kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun mereka tidak ada ikatan persaudaran namun mereka bertolong bantu kerana ISLAM. ALLAH HU AKBAR!

Kepada penerima sumbangan yang belum menerima akan diteruskan juga, dalam masa yang terdekat ini. InsyaAllah
















2 comments:

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]buying software online, [url=http://firgonbares.net/]buy microsoft xp software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] purchase adobe software PACK-1 Adobe PACK
i want to sell software [url=http://firgonbares.net/]wholesale adobe photoshop cs2 for mac[/url] military discount on microsoft office
[url=http://firgonbares.net/]torrents adobe photoshop cs4[/url] download coreldraw 10 trial
[url=http://firgonbares.net/]professional oem software[/url] adobe photoshop cs3 vs windows vista 64 bit
chiropractic office software [url=http://firgonbares.net/]e store software[/b]

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Bukan nak komen apa2 ni. tapi nak maklum satu perkara mustahak demi kebaikan dan atas dasar tolong menolong umat islam sejagat.
Sekiranya ada sesiapa yg kena penyakit barah. Kami di Darus Syifa' Cawangan Telok Panglima Garang, Kuala Langat,Selangor ada sediakan penawar barah dengan menggunakan rebusan air akar kayu. mustajab insya Allah. TElah ramai yang diizinkan Allah sembuh dari barah setelah dirawat dengan mnggunakan ayat2 Al-Quran dan doa2 mustajab dicampurkan dengan akar kayu yg saya maksudkan tadi. Buleh hubungi Ust.Hj.Basri(019 2073 583) atau ust.Puad(013 2472 163) atau ust.Azahan(013 6658 698) untuk daptkan penjelasan. Atau sendiri dtg ke klinik yang saya maksudkan di atas. Ikhtiar, insya Allah Sembuh. Jgn putus asa. Kesembuhan itu hak mutlak Allah. wassalam