Tuesday, May 19, 2009

Halwa Jiwa : 9 mimpi Nabi SAW

MIMPI NABI MUHAMMAD SAW.

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan sebelum aku di Israqkan".

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil

nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA

IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG

SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syai tan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan

berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan

dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK

telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu

datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas..

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang

dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambi l ke kumpulanku seraya duduk

disebelahku .

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkan nya dari kegelapan kepada
tempat yang terang - benderang.


8. Aku mel ihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah

SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar

menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS

KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.




daripada: Ummuiman

Tuesday, April 21, 2009

NIA' INDOOR GAMES 2009


Assalamualaikum dan Hi Kawan2!!!

Masih ingat apa yang kita selalu main ketika kecil? Permainan seperti congkak, batu seremban, snake & ladder , dam dan sebagainya sentiasa

bermain di kotak fikiran.

Namun adakah generasi muda kini mengenali

permainan-permainan ini?

Seronoknya main dan tentunya anda ingin mengulanginya kembali...

Jika dulu pada tahun 2007, kita ada NISA' Games di Kota Bharu,

Kini, mari sama-sama meriahkan Nisa' Indoor Games 2009 (NIG 2009) di Shah Alam,

dengan sama-sama datang sebagai penonton atau peserta.

Maklumat program seperti berikut :-

:: Tarikh & Hari ::

Sabtu, 25 April 2009

:: Masa ::

7.30 pagi - 6.45 petang

:: Tempat ::

Dewan Jubli Perak,

Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

:: Anjuran ::

Nisa' Malaysia

Semua dijemput hadir.

Jom sama-sama meriahkan

Tuesday, April 7, 2009

BERITA PELANCARAN KELAB REMAJA MUSLIM KL


Pada 28 mac 2009 yang lalu, pelancaran Kelab Remaja Islam telah selamat diadakan. Alhamdulillah seramai 96 orang remaja dari seluruh KL hadir dalam program sulong kelab ini. Kelab Remaja Muslim KL yang diilhamkan dan diusahakan oleh pemuda KL dan Nisa KL ini ditubuhkan bagi menarik remaja agar mencintai Islam seterusnya menjauhkan mereka daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.














Produk utama kelab ini adalah dengan mengadakan usrah kepada remaja-remaja yang telah berdaftar dengan kelab ini. Mereka telah dipecahkan mengikut kumpulan dan kawasan serta setiap kumpulan telah diberikan seorang mentor untuk membimbing mereka. Selain daripada itu Kelab ini juga Insyaallah akan mengadakan program-program seperti:-

1. motivasi pelajar,
2. kelas ulangkaji pelajaran,
3. kelas KAFFAH,
4. bengkel teknik menjawap peperiksaan,
5. Rehlah,
6. Lawatan,
7. games dan
8. gathering di setiap tahun.













Bagi remaja-remaja yang berda di seluruh KL yang belum mendaftar dengan Kelab ini, masih ada masa lagi untuk bersama-sama kami dan sahabat-sahabat anda yang berada di kelab ini. Anda pasti akan merasa seronok dengan pelbagai aktiviti yang disediakan Insyaallah.
























Buat masa ini anda boleh menghubungi
saudari AISYAH 013-9181078
atau
saudari
AZIYATI 013-2009426

untuk mendaftar dengan kelab tersebut.

Tuesday, March 24, 2009

EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT

RENUNG RENUNGKAN,SELAMAT BERAMAL..

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Tuesday, March 17, 2009

KHAS UNTUK SEMUA REMAJA...

PELANCARAN KELAB REMAJA ISLAM


Dijemput kepada semua remaja Islam yang berada di seluruh Kuala Lumpur untuk hadir ke Pelancaran Kelab Remaja Islam buat julung-julung kalinya di wujudkan di KL.

Jangan lepaskan peluang ini adik-adik. Ajak semua rakan-rakan sekolah, jiran, sepupu dan semuanya untuk meramaikan keahlian Kelab ini.

Kelab ini akan menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik untuk disertai yang sesuai dengan usia adik-adik sekalian.

Semuanya PERCUMA!!!!
Untuk umur 13-19 tahun sahaja

Sebarang pertanyaan boleh hubungi mereka :-

SOLAHUDDIN 012-2645380
AISYAH 013-9181078
AZIYATI 013-2009426



Monday, March 16, 2009

SEMINAR KEPIMPINAN WANITA GENERASI HARAPAN




PENCERAMAH :

(1) Prof. Dr. Wan Masri ( Pensyarah UMP )
(2) Ustazah Teh Izanuri ( Penceramah bebas )
(3) Personaliti jemputan

JEMPUTAN KEPADA MUSLIMAT SAHAJA

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI..



Thursday, February 26, 2009

Sumber Makanan Tebaik Ketika Berdiet

A. KACANG BUNCIS DAN KACANG PANJANG
Kaya dengan serat dan mengandungi beberapa keperluan nutrien yang diperlukan tubuh eperti potasium. Potasium boleh membantu mengatasi masalah kelebihan cairan, protein dan kalsium.

B. BIJIRIN OAT
Mempunyai kandungan antioksida dan serat. baik untuk membakar lemak dan memberi tenaga.

C. LIMAU DAN ANGGUR

Membantu membentuk serat kolagen, juga menagndungi methoxylated bioflavonoidsuntuk melancarkan perjalanan darah serta memperkuatkan pembuluh rambut.

D. BROKOLI
Ianya mengandungi alpha lipoicacid yang berguna untuk mencegah kolagen, selenium yang memaksimakan vitamin c, e dan beta karoten serta mengandungi kalsium

E. NANAS
Buah ini membantu untuk memperbaiki serat kolagen yang rosak dan mengandungi vitamn c

F. ASPARAGUS
Asparagus amat bagus untuk menguatkan pembuluh rambut dan sesuai bagi mengawal tekanan darah. ianya mengandungi glutathione, iaitu enzim yang bersifat detoksifikasi dan melawan radikal bebas.

G. PISANG
Vitamin v6 di dalam pisang bermanfaat untuk mengatasi masalah lebihan cairan di dalam badan

H. BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH
Mengandungi sulfur yang membantu mengatasi masalah kesan daripada pendedahan radikal bebas, vitamin E dan C

I. AVOKADO
Kandungan kalori yang tinggi, tetapi ia turut mengandungi asid lemak esensial yang amat baik untuk kulit. ada vitamin E dan beta sisosterol dan serat yang ada di dalamnya membantu mengatasi masalah kolestrol.

Sumber : majalah wanita

Thursday, February 19, 2009

Kepada Wanita Cantik...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"

"Karena aku seorang wanita",
kata si ibu kepada anaknya..

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia berhubung dengan Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan pada waktu bila pun ia diperlukan."


"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk badan yang ditampilkan, atau bilaman ia menyisirkan rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya -
tempat dimana cinta itu ada."




Tuesday, February 17, 2009

MARI MENARI POCO POCO

Teringin melakukan aktiviti senaman dengan cara yang mudah dan menyeronokkan? Apa lagi, menarilah! Selain daripada berseronok, anda juga dapat mengeluarkan peluh dan menggalakkan peredaran darah.. Aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan apabila dilakukan bersama pasangan, keluarga dan kawan-kawan.. juga dapat menghilangkan stress serta serabut kepala anda..

Mengikut definasi WikiPedia, line dancing ni adalah sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan.. Poco Poco adalah sejenis line dancing berentak Indonesia..

Pergerakan dalam line dancing ni mudah saja, dan sesuai untuk semua peringkat umur serta saiz badan.Selain itu, tarian ini juga tidak memerlukan anda memakai sebarang pakaian atau kasut khas.. serta ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Jadi marilah join kami Nisa Batu, membuat senaman yang menyihatkan badan ini ye. sesiapa je boleh join kecuali muslimin..Maklumatnya adalah seperti berikut:

Tarikh : 06 Mac 2009 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Tingkat 2 Bangunan PASTI Pusat, Taman Samudera Batu Caves


Monday, January 19, 2009