Saturday, October 10, 2009

NSK-SUMBANGAN RAYA

Assalamualaikum,


Maha suci Allah yang telah membuka hati-hati orang yang bersedekah. Jutaan terima kasih kita ucapkan kepada Nisa' Wilayah Persekutuan dalam menjayakan "Nisa' small kindness". Saya mewakili Unit Kebajikan Nisa' Kawasan Batu, sekali lagi berusaha untuk menghantar wakli dari Kawasan Batu untuk diberi sumbangan sempena menyambut Hari Raya Aidul Fitri yang akan menjelma tidak beberapa hari lagi

Masih terlalu ramai warga Kuala Lumpur ini yang hidup dalam kesusahan, disebalik kemewahan orang lain.


Kami terpaksa memilih hanya empat orang ibu tunggal sahaja, antara mereka yang bertuah ialah


1) Pn. Maimun Binti Md. Yusuf (440818-10-5170)

27-01-29, Bandar Baru Sentul

51000 Kuala Lumpur.


Puan Maimun merupakan aktivis pas suatu ketika dulu, sekarang uzur sakit jantung, dijaga oleh adik yang juga sudah pencen. Beliau juga antara asnaf yang layak terima zakat.

2) Pn. Noranita Binti Md. Ali (690730-08-5212)

79-00-01, Bandar Baru Sentul.

Jln. Dato' Senu 26,

51000 Kuala Lumpur.


Puan Noranita seorang ibu tunggal, mempunyai 2 orang anak mempunyai pendapatan rm800 sebulan. Beliau juga terpaksa menanggung ibunya yang telah uzur.


3) Pn. Azizah Binti Endor (430512-08-5272)

211-12-15, Tmn. Sentul Utama,

Jln. Dato' Senu 26,

51000 Kuala Lumpur.


Puan Azizah merupakan ibu tunggal, bekerja sebagai tukang cuci. Tinggal bersama anak perempuan yang juga susah.


4) Pn. Sa'ayah Binti Wan (540501-08-5952)

209-03-13, Tmn. Sentul Utama,

Jln. Dato' Senu 26,

51000 Kuala Lumpur.


Puan Sa'ayah juga seorang ibu tunggal, tinggal bersama anak yang mempunyai ramai tangugungan. Beliau merupakan pesakit kencing manis, baru saja keluar hospital kerana terpaksa potong jari kakinya.


Sekadar ini sahaja yang dapat saya lakukan sedikit sumbangan saya untuk meneruskan sumbangan yang banyak dari orang lain.



Thursday, September 10, 2009

NSK Nisa' Batu



Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah yang telah mengizinkan 'Nisa' Small Kindness' Nisa kawasan Batu, dijalankan dengan lancar dan jayanya pada 6hb. Sept. 2009 yang lepas.


Antara ahli yang hadir ialah Mariam, Nurazma, Rafiza, Zurina, Mastura, Zaminah (wakil Muslimat BBS- Wakil Lajnah Kebajikan Wilayah Persekutuan), Siti Zubaidah dan Rohana

Sebelum program pengedaran sumbangan dimulakan Haji Ismail yang juga merupakan Ketua Cawangan Pas Blok 207 Sentul, memulakan dengan bacaan doa selamat.

Kami tidak dapat menyampaikan sumbangan kepada penerima yang pertama kerana beliau ke pasar, jadi kami teruskan kerumah kedua iaitu rumah Encik Ghazali bin L.Akashah, Beliau adalah pesakit kencing manis, sudah pencen, sekarang keluarganya 5 orang di tanggung oleh anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Pendapatan bulan Rm800 sebulan. Beliau menitiskan air mata ketika menerima sumbangan tersebut. Sebelum meninggalkan rumahnya kami akhiri dengan bacaan doa untuk pesakit mudah-mudahan Allah beri keringanan atas kesakitan yang ditanggungnya

Kami juga gagal bertemu penerima yang ketiga kerana beliau telah keluar untuk berurut, penerima tersebut telah patah tulang belakang, tidak mampu menanggung keluarga kerana tidak mampu berkerja malahan tidak mampu untuk duduk.

Kami kemudian begerak ke Taman Dato' Senu, disana Kak Zaliha Ahmad(Ketua Muslimat Cwgn Blok 207) menunggu kami untuk meneruskan sumbangan. Penerima keempat adalah seorang balu dan mempunyai anak OKU, beliau tidak pernah mendapat sumbangan dari mana-mana pihak.

Selepas itu kami bergerak kerumah penerima kelima iaitu Adik Muaz yang juga OKU, berumur 9 tahun. Beliau terpaksa bernafas melalui tiub. Sumbangan wang diberikan kepada ibu Muaz iaitu Puan Rohayah bt. Yunus, manakala beras dan wang diberikan kepada nenek Muaz sebelah ibunya yang juga sudah uzur. Atas persetujuan yang ada pada hari tersebut kami juga terpanggil untuk memberi sumbangan wang kepada Nenek Muaz sebelah bapanya yang juga hidup dalam kesusahan.

Memandangkan Nisa' Batu ada duit dan beras yang lebih kami meneruskan sumbangan kami ke Bandar Baru Sentul, sumbangan wang rm100 dan sekampit beras 5kg.

Akhirnya selesailah program NSK Nisa' Kwsan Batu. Sebelum bersurai, atas cadangan Mariam kami telah bersetuju untuk mengunjungi seorang saudara baru yang tinggal di Kampung Chubadak Kawasan A iaitu makcik Fatimah bt Abdullah yang sudah lama memeluk Islam, mengamalkan hidup cara islam, tetapi beliau tiada saudara mara. Kini beliau tinggal bersama orang Myanmar dan mendapat sumbangan bulanan dari Baitulmal sebanyak RM250 sebulan.

Disinilah 'Nisa Small Kindness' Nisa' kawasan Batu betul-betul terserlah, kerana kami hanya mampu memberi sedikit bantuan wang ringgit bersama sekampit beras. Atas dasar persaudaraan sesama Islam kami wakil Nisa Kawasan Batu bergerak dengan penuh keikhlasan. Tetapi ada insan lain yang lebih mulia dan ikhlas hatinya dengan menyumbang wang dan beras untuk kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Walaupun mereka tidak ada ikatan persaudaran namun mereka bertolong bantu kerana ISLAM. ALLAH HU AKBAR!

Kepada penerima sumbangan yang belum menerima akan diteruskan juga, dalam masa yang terdekat ini. InsyaAllah
















Thursday, September 3, 2009

LAPORAN TALKSHOW : Hadiah Dari Ramadhan: “Terapi Solat, Puasa Hebat”


Bersempena kedatangan bulan Ramadhan, Nisa’ Batu dengan kerjasama PERKIM Cawangan Sentul Timur mengambil inisiatif mengadakan talk show khusus membincangkan mengenai solat dan puasa pada 29 Ogos yang lalu.

Bertempat di Surau Al Islah Bandar Baru Sentul, Ustazah Nor Hafizah Musa bersama suami, Dr Azhar Yaacob diundang bagi memberikan pengisian mengenai tajuk berkenaan.

Program bermula dari jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari itu sarat dengan pengisian rohani, bersesuai dengan bulan yang penuh barakah ini.

Dalam program berkenaan, peserta yang terdiri daripada golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak dijelaskan mengenai kepentingan menjaga kesempurnaan solat, kusyuk dalam solat dan cara-cara mendapatkan kusyuk dalam solat.



Peserta juga diingatkan agar sentiasa mengerjakan solat pada awal waktu dan tidak meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun.

Turut diberi penekanan mengenai kepentingan doa terutamanya dalam bulan Ramadhan ini selain amalan-amalan lain yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.

Program berkenaan turut dihadiri penghuni rumah perlindungan Darul Saadah. Ini merupakan kali kedua mereka menerima jemputan ke program anjuran Nisa’ Wilayah Persekutuan.

Diharapkan program-program anjuran Nisa’ Wilayah Persekutuan dapat memberi manfaat kepada seluruh penghuni kota metropolitan ini dan dapat mendekatkan diri kita dengan Islam selain mengeratkan ukhuwah sesama kita.


Nantikan program-program yang lebih menarik pada masa akan datang.InsyaAllah..

Thursday, August 20, 2009

TALKSHOW NISA BATU


Jemput hadir ke program Talkshow yang julung-julang kalinya dianjurkan oleh Nisa Batu untuk anda. Bersesuaian dengan kehadiran ramadhan, tajuk ini sengaja kami bawa sebagai menambah lagi pengamatan kita beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pasti ianya tidak mensia-siakan masa anda untuk hadir ke program ini di samping cenderahti yang kami sediakan untuk semua tetamu dan yang paling utama pembawaan yang menarik dari penceramah kami iaitu Ustazah Nor Hafizah Musa yang tidak asing kepada masyarakat Kota Metropolitan ini.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk bersama-sama kami..

Selamat Menyambut kehadiran Ramadhan

Thursday, August 6, 2009

NISA' BATU BERPOCO-POCO

Kita merancang, Allah juga ada perancangannya. Alhamdulillah program senaman Poco-Poco Nisa batu telah selamat dilaksanakan dengan jayannya. Sebelum Bersenam kami mulakan dengan Solat Isyak berjemaah. Kemudian Ustazah jemputan kami Ustazah fadhilah telah meyampaikan tazkirah pendek yang berkaitan bagaimana kita umat Islam hendak menjaga hati agar tidak terlalu lalai. Menurut Ustazah : -

1. Perlu banyak berzikir kepada Allah SWT
2. Selalu membaca ayat suci Al-Quran
3. Tidak boleh duduk berseorangan. Wajib berjemaah

Kemudian Ustazah menerangkan apakah ubat hati yang dipetik dari kitab karangan Imam Sayid Al-Hawa, katanya :-

1. Kita perlu duduk atau mendampingi dengan orang-orang alim
2. Bersama dengan sahabat-sahabat yang boleh dipercayai. ( susah senang bersama, melakukan kesalahan boleh ditegur)
3. Bertanya pandangan tentang kita melalui musuh dan
4. Bergaul dengan masyarakat.

Ustazah juga berpesan dalam kita berpoco-poco ini, sambil buat pergerakan jangan lupa berzikir menyebut nama Allah. Insyaallah ibadah kita diberkati dan diredhai Allah SWT...Amin

























Wednesday, August 5, 2009

DOA ELAK DARI PENYAKIT H1N1

karangan Ustaz Haji Ahmad Rosli bin Haji Ahmad Mokhtar.

Ayat Penawar

  1. Surah At-Taubah ayat 51
  2. Surah Yunus ayat 107
  3. Surah Hud ayat 6 & 56
  4. Surah Fatir ayat 2
  5. Surah Az-Zumar, ayat 38
  6. Surah Al-Ankabut, ayat 60

Ayat Penyembuh

  1. Surah At-Taubah, ayat 14
  2. Surah Yunus, ayat 57
  3. Surah An-Nahl ayat 69
  4. Surah Isra’, ayat 82
  5. Surah Syuara’ ayat 80
  6. Surah Fussilat, ayat 44

Sunday, July 12, 2009

Penting!!! Solat Awal Waktu

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

p/s : ape-ape hal pun yg di atas nie, solatlah kerana Allah.... rukuklah
tanda hamba yang patuh... sujudlah tanda hamba yang bersyukur...
Allahuakbar....


Thanks & Regards,
Mohammad Fairus Hamdan

Thursday, July 9, 2009

MARI BERSENAM : POCO-POCO LAGI

Jemput hadir ke aktiviti sihat, dibawakan khas oleh Nisa Kawasan Batu pada:

Tarikh : 17 Julai 2009 (Jumaat)

Masa : 8.30 malam
Tempat : Tingkat 2 Bangunan PASTI Pusat, Taman Samudera Batu Caves

datang ramai-ramai ye!!!!!

Step-step gerakan Poco-poco



Thursday, June 25, 2009

KELAS TAFAQQUH

Jemput datang beramai-ramai

sila klik poster untuk paparan jelas